Home Nasional Pulau Tioman bakal jadi Zon Hijau lebih awal

Pulau Tioman bakal jadi Zon Hijau lebih awal

Wan Rosdy Wan Ismail

ROMPIN – Kerajaan negeri Pahang berharap Pulau Tioman dapat diisytiharkan sebagai Zon Hijau lebih awal berikutan pelancaran progam vaksinasi di pulau itu yang bermula semalam.

Ini bagi bagi membolehkan pulau yang bergantung kepada sektor pelancongan itu dibenarkan menerima kunjungan pelancong domestik.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, beliau berharap dengan 80 peratus daripada penduduk pulau itu menerima vaksin, Kerajaan Persekutuan dan Majlis Keselamatan Negara dapat mempertimbangan sektor pelancongan di Pulau Tioman dibuka semula.

Wan Rosdy melihat keadaan penerima vaksin di Kg. Tekek, Pulau Tioman

“Mengharapan kehadiran kita pada hari ini ingin menjadikan Pulau Tioman sebagai Green Zone, kalau boleh sebagai contoh kepada pulau-pulau Malaysia.

“Datang secara bersepadu merangkumi beberapa agensi nak pasti jadikan Pulau Tioman menjadi Green Zone secepat mungkin dan dibuka kepada pelancong, paling-paling tidak pun kepada pelancong tempatan, itulah harapan penduduk Pulau Tioman,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN :

MGNews: Pembekal Perlu Selesaikan Penghantaran Vaksin Kepada PICK – KJ

PICK akan terus diperkasa dengan beberapa inisiatif tambahan – Muhyiddin

Menteri Besar Pahang bersama Setiausaha Kerajaan Pahang melawat penerima vaksin di Kg. Genting, Pulau Tioman.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menyaksikan proses vaksinasi di Kampung Tekek, Pulau Tioman, hari ini.

Program pemberian vaisin di Pulau Tioman yang bermula semalam  sehingga 4 Julai ini mensasarkan 1,700 penerima vaksin.

Tinjauan MalaysiaGazette menyaksikan kehadiran 100 peratus penerima vaksin penduduk Pulau Tioman di Pusat Penerimaan Vaksin (PPV) Kampung Tekek dan Kampung Genting.

Pahang dijangka menerima 440,000 dos vaksin pada Julai ini dan menyasarkan proses vaksinasi selesai sebelum musim tengkujuh. – MalaysiaGazette