Home Politik Sudah setahun baru nak turun padang? – Puad

Sudah setahun baru nak turun padang? – Puad

Ahmad Zahid Hamidi wizard frogs PAS UMNO Abdul Hadi Awang ducks Mohd Puad Zarkashi Parti Kuasa Rakyat politics
Mohd Puad Zakarshi

KUALA LUMPUR – ”Baru tubuh jawatankuasa? Memang mengarut,” kata Datuk Mohd Puad Zakarshi.

Beliau mengulas kenyataan Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) yang akan menubuhkan sebuah jawatankuasa khas bersama pihak Telekom Malaysia Bhd (TM) bagi mengenal pasti kawasan yang tiada liputan Internet atau capaian lemah bagi mengatasi masalah ketika pelaksanaan proses Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Zahidi Zainul Abidin baru-baru ini berkata, menerusi jawatankuasa itu, pihaknya akan turun padang untuk melihat dan memantau sendiri kawasan yang tiada liputan atau capaian Internet rendah dan mengambil langkah segera mengatasinya.

Soal Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu, tidakkah Kementerian Pendidikan dan KKMM berbincang sebelum mahu melaksanakan PdPR sebelum ini.

Katanya, isu capaian Internet ini sudah setahun berlalu.

Masalah ini tercetuskan apabila seorang penuntut Universiti Malaysia Sabah, Veveonah Mosibin yang terpaksa panjat pokok di Pitas untuk mendapatkan capaian Internet.

Mengulas kenyataan Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Zahidi Zainul Abidin yang berkata, pihaknya akan turun padang untuk melihat dan memantau sendiri kawasan yang tiada liputan, Mohd Puad bertanya: “Baru nak turun padang?”.

”Kes Veveonah dulu tidak turun padang ke? Kerajaan PN semakin ke laut nampaknya,” ujar beliau. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. kita rakyat biasa BERBUIH LAUTAN buat aduan yang sama….jawapan akan siasat tambahbaik tiada peruntukan

    FUAD JAKARKASI jangan lupa perangai kamu sama juga waktu Timb MENTERI PEndidikan….MAKMAL KOMPUTER sekolah kelaut dan dipacak menara tiang Sarang burung BUKAN internet….PIBG pun hantar memo dan masuk suratkhabar….sepi sampai kamu ditumbangkan oleh cikgu IDRIS JUSI sebagai MP Batu Pahat

Comments are closed.