Home Dunia 6 penumpang feri tenggelam meninggal dunia

6 penumpang feri tenggelam meninggal dunia

Sebahagian daripada penumpang feri yang berjaya diselamatkan oleh pasukan keselamatan. foto AP

JAKARTA – Sebuah feri yang membawa 41 penumpang dan 12 kru karam akibat arus kuat di Selat Bali, Indonesia malam tadi.

Kejadian itu menyebabkan enam orang terbunuh.

Setakat ini 44 orang mangsa berjaya diselamatkan.

Feri, KMP Yunice, tenggelam kira-kira setengah jam setelah meninggalkan pelabuhan Ketapang di Jawa Timur, kata ketua Badan Mencari dan Menyelamat Bali, Gede Darmada.

Sementara itu, Badan Nasional Pencarian dan Pertolongan Indonesia (Basarnas), kejadian itu berlaku pada jam 7.12 malam ketika feri berkenaan dalam perjalanan dari Pelabuhan Ketapang, Banyuwangi di Jawa Timur, menuju Pelabuhan Gilimanuk.

Arus kuat menyebabkan kapal sepanjang 56.5 meter dan 8.6 meter lebar itu terbalik dan tenggelam.
Pasukan penyelamat berhempas pulas dalam operasi menyelamat itu kerana arus kuat dan gelombang hingga ketinggian empat meter, selain keadaan gelap. 
Melalui rakaman video dari sebuah kapal di tempat kejadian menunjukkan pasukan penyelamat terpaksa melemparkan pelampung dan membimbing mangsa yang selamat.  MalaysiaGazette