LONODN – Raheem Sterling dan Harry Kane muncul wira England selepas gol jaringan mereka membawa Three Lions mara ke suku akhir Euro 2020 apabila menewaskan Jerman 2-0 di Wembley.
Turut menyerlah, aksi Jack Grealish yang menggantikan Bukayo Saka di pertengahan babak yang memberi impak apabila pemain itu terbabit dalam gol pembukaan Sterling pada minit ke-75.
Jerman turut memiliki peluang terbaik untuk menyamakan kedudukan tetapi Thomas Muller yang hanya berdepan penjaga gol Jordan Pickford menyaksikan percubaannya tersasar.
England mengesahkan kemenangan bergaya pada minit ke-86 menerusi Kane yang meledak gol pertamanya di kejohanan kali ini.
Sterling pula meledak tiga gol dalam empat perlawanan di pentas Euro 2020 dan masih berpeluang untuk memburu Kasut Emas kejohanan.
England akan bertemu Ukraine pada saingan suku akhir. – MalaysiaGazette