Home Ekonomi Tidak minat jual PLUS

Tidak minat jual PLUS

KWSP
Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Datuk Shahril Ridza Ridzuan.

KUALA LUMPUR – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) tidak merancang untuk menjual 49 peratus kepentingannya di dalam pengendali lebuh raya, PLUS Highway Bhd. (PLUS).

Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Datuk Shahril Ridza Ridzuan berkata, entiti wang persaraan itu tidak mempunyai sebab untuk melupuskan PLUS.

“Kami gembira dengan PLUS. Ia adalah satu pelaburan yang menguntungkan.

“Ia adalah satu pelaburan besar dari kami dan Khazanah Nasional untuk meluaskan rangkaian lebuhraya terutamanya di Lembah Kelang,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Sebelum ini terdapat laporan yang mengatakan ahli perniagaan ternama, Tan Sri Abu Sahid Mohamad melalui syarikatnya, Maju Holdings Sdn. Bhd., berminat untuk mengambil alih pegangan PLUS yang dimiliki oleh KWSP dan UEM Group Bhd.

UEM Group Bhd. adalah anak syarikat milik penuh Khazanah Nasional Bhd. memegang 51 peratus kepentingan dalam PLUS.

Dalam pada itu Shahril Ridza menegaskan, KWSP tidak pernah menerima sebarang tawaran pembelian 49 peratus saham PLUS dari mana-mana pihak. – MalaysiaGazette