Home Nasional Hina azan, polis tahan tukang urut wanita

Hina azan, polis tahan tukang urut wanita

Tangkap layar status dimuat naik suspek.

SEBERANG PERAI – Seorang tukang urut wanita ditahan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) bagi membantu siasatan memuat naik status menghina azan di Pulau Pinang

Suspek berusia 26 tahun barasal dari Tawau, Sabah itu ditahan jam 11.30 pagi semalam.

Ketua Polis Daerah SPT, Asisten Komisioner Shafee Abd Samad berkata, pihaknya menerima empat laporan berhubung status yang dimuat naik suspek di Facebook miliknya.

Beliau berkata, kenyataan tersebut berbunyi, ‘Azan Pulau Pinang Asing-Asing Melalak Serupa Awoo’ selain disertai dengan emoji gambar hidung babi, babi serta anjing.

“Pengadu berusia 33 tahun yang juga pengurus sebuah syarikat membuat laporan pada Isnin lalu selepas melihat kenyataan yang menghina azan yang dimuat naik suspek.

“Susulan itu, pengadu membuat laporan kerana tidak berpuas hati dengan tindakan suspek yang tidak menghormati senstiviti agama rakyat negara ini.

“Perbuatan wanita itu dianggap tidak wajar dan akan mencetuskan perpecahan kaum dan juga menimbulkan situasi yang tidak harmoni dalam kalangan umat Islam,” katanya dalam satu hari ini.

Dalam tangkapan itu, pihak polis turut merampas dua buah telefon bimbit miliknya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Tolong tangkap dan masukkan pesalah kedlm kandang babi selama 1 tahun..kadang anjing 1 tahun baru masuk ke penjara 1 tahun…

Comments are closed.