MOSCOW – Perang Dunia baharu tidak akan tercetus walaupun angkatan tentera Rusia mnembak kapal pemusnah British kerana kuasa Barat sedia maklum bahawa mereka tidak akan menang apabila menghadapi peperangan seperti itu.
Presiden Rusia, Vladimir Putin yang merujuk kepada insiden kapal pemusnah milik tentera laut British yang sedia melakukan ‘provokasi’ di Laut Hitam yang dilihat sebagai pengintip untuk London dan Washington.
Selain daripada kapal pemusnah Defender, pesawat pengintip Amerika Syarikat (AS) turut terbabit dalam insiden tersebut, kata Putin pada program televisyen, Direct Line.
Kapal pemusnah itu memasuki perairan Rusia pada tengah hari manakala pada sebelah pagi, radar Rusia menegsan pesawat pengintip AS berlepas dari Greece, katanya.
Kedua-dua pesawat dan kapal pemusnah itu bertindak secara bersama bagi melihat bagaimana tentera Rusia bertindak apabila menghadapi situsi sedemikian dan protokol yang akan digunakan.
Tentera Rusia kemudian menunjukkan apa yang mereka jangkakan wajar untuk ditunjukkan, kata presiden itu.
“Adalah jelas kapal pemusnah memasuki (perairan Rusia) dalam cubaan mengejar matlamat ketenteraan dengan bantuan pesawat pengintip untuk mendedahkan apa tindakan tentera kami akan gunakan untuk menghentikan provokai sedemikian, mereka melihat kepada apa yang akan berlaku, bagaimana ia berkesan, di mana lokasi.
“Kami melihat ini dan mengetahuinya, oleh itu kami memberi maklumat kerana kami berpendapat ia perlu,” kata Putin sambil menambah: “Saya memohon maaf kepada tentera. Saya berharap saya tidak membocorkan sebarang maklumat senitif,”.
Bagaimanapun Putin yang tidak bersetuju bahawa dunia di ambang Perang Dunia III berkata, peperangan tidak akan bermula jika Rusia menenggelamkan kapal pemusnah Bitish itu ‘kerana mereka yang melakukan ini tahu bahawa mereka tidak boleh menang daripada peperangan ini’.
Presiden itu menyatakan bahawa Rusia menghentikan latihan ketenteraan berhampiran sempadan Ukraine untuk menghilangkan kebimbangan negara Barat, namun sebagai tindak balas negara Barat menggerakkan tentera ke sempadan Rusia.
“Mereka memperbesarkan mengenai kami melakukan latihan di wilayah kami berhampran sempadan Ukraine.
“Saya mengarahkan Kementerian Pertahanan untuk mengundurkan tentera secara berperingkat jika seseorang bimbang mengenainya.
“Kami melakukannyua daripada mendapat tindak balas positif dan berkata: ‘Okay, kami memahami tindak abalas anda kepada kemarahan kami, apa yang mereka lakukan? Mereka datang ke sempadan kami’.
Putin mengingatkan kebimbangan terhadap kerjasama Ukraine dan negara Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) dan negara Barat berkata, ‘tentera mengambil alih wilayah Ukraine’ mewujudkan masalah serius kepada Rusia.
“Tentera mengambil alih wilayah itu yang bersempadan dengan kami telah mewujudkan masalah keselamatan yang signifikan.
“Ia membimbangkan kepentingan kehidupan sebenar Persekutuan Rusia dan penduduk Rusia.
“Ia menyebabkan kebimbangan,” katanya.
Putin turut mengutuk tindakan Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky yang ‘menyerahkan negara itu kepada kuasa luar’ Washington dan sebahagian Berlin dan Paris.
Bagaimanapun PutinĀ berkata, beliau akan bertemu Zelensky untuk membincangkan masalah yang wujud.
Pada 23 Jun lalu, Kementerian Pertahanan Rusia brkata, pengawal pantai negara itu telah menghalang kapal pemusnah tentera laut British, HMS Defender, yang mana Rusia berkata, ia telah menceroboh perairannya setelah tidak memberi tindak balas terhadap amaran pengawal pantai dan hanya berpatah balik setelah tembakan amaran dilepaskan.
Kementerian Pertahanan Britain menafikan dakwaan Rusia bahawa tembakan amaran dilepaskan pada salah sebuah kapalnya di Laut Hitam dan berkata, kapal tentera British melakukan ‘pelayaran tidak bersalah’ menerusi peraiaran Ukraine seperti mana tertakluk dalam undang-undang antarabangsa. – MalaysiaGazette