Polis hari ini menafikan dakwaan pekerja kilang warga asing yang tinggal di Mentari Court di sini telah meninggalkan kediaman mereka susulan pengumuman pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di kawasan berkenaan bermula tengah malam ini.