Home Dunia Lebih 230 maut akibat gelombang haba di Kanada

Lebih 230 maut akibat gelombang haba di Kanada

OTTAWA – Sekurang-kurangnya 233 orang dilaporkan maut akibat cuaca panas melampau melanda wilayah British Columbia, barat Kanada sejak Jumaat lalu, lapor Xinhua memetik media tempatan pada Rabu.

Ini adalah kali pertama dalam sejarah, negara ini dilanda gelombang haba berpanjangan.

Keadaan itu menyebabkan banyak kedai di British Columbia kehabisan stok penyaman udara dan kipas angin.

Pada Isnin, bilik hotel di Vancouver juga penuh ditempah apabila penduduk tempatan mahu lari daripada cuaca panas.

Polis di Metro Vancouver pada Selasa menyatakan pihaknya telah menerima kira-kira 100 panggilan kecemasan melibatkan kes kematian mengejut.

Suhu kali ini adalah tertinggi berbanding 59 kejadian gelombang haba yang melanda Kanada sebelum ini.  Gelombang haba kini bergerak ke timur. – Bernama