Home Sukan PSG umpan Sanchez dengan harga £80 juta

PSG umpan Sanchez dengan harga £80 juta

Alexis Sanchez

LONDON – Kelab mewah, Paris Saint-German (PSG) terus menunjukkan kekuasaan wang yang dimiliki apabila kini menjadikan bintang Arsenal, Alexis Sanchez sebagai ‘mangsa’ terbaharu’.

The Independent melaporkan, kelab milik jutawan Arab itu dilapor mahu mendapatkan Sanchez dengan tawaran bidaan bernilai £80 juta.

Harga yang cukup lumayan dikatakan mampu lagi membuatkan Arsenal berfikir banyak kali.

Ini kerana pemain antarabangsa Chile itu memiliki kontrak selama semusim lagi.

Setakat ini, Sanchez dilpor tidak bersetuju dengan gaji sebanyak £275,000 yang ditawarkan Arsenal dan sedia berhijrah. – MalaysiaGazette

+ posts