Home Nasional Pergerakan pengguna jalan raya dipantau

Pergerakan pengguna jalan raya dipantau

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin bercakap kepada media selepas hadir dalam satu serbuan operasi Ops Patuh oleh agensi dibawah Kementerian Dalam Negeri di sebuah kilang besi di sekitar Subang Jaya. Foto MOHD ADZLAN, 02 JULAI 2021.

SUBANG JAYA – Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin kesal masih banyak kenderaan berada di atas jalan raya ketika Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan.

Katanya, polis akan melakukan pemeriksaan yang lebih ketat di Sekatan Jalan Raya (SJR) bagi memastikan mereka yang perlu melakukan urusan penting sahaja berada di atas jalan raya.

“Saya tak tahu kenapa kendaraan masih terlalu banyak (kenderaan) berada di atas jalan dan mahu buat kajian apakah benar mereka pergi ke kedai pasar raya untuk urusan beli barang keperluan.

“Jadi apa kami hendak lakukan selepas ini adalah hendak memeriksa setiap pemandu di atas jalan raya apakah betul mereka bercakap benar.

“Kalau mereka melalui Sekatan Jalan Raya apa kami nak lakukan adalah hendak memerika mereka apakah benar mereka pergi atas urusan essential ke supermarket dan ambil butiran khsusunya nombor telefon mereka untuk rekod,” katanya pada sidang media selepas Op Patuh Mega Nationwide Crackdown di Taman Perindustrian Subang, di sini, hari ini.

Tambah beliau, nombor telefon pemandu yang diambil di SJR akan dipilih secara rawak dan diperiksa dalam sejarah aplikasi MySejahtera bagi memastikan mereka bercakap benar.

Menurut Hamzah, jika pengguna jalan raya berbohong, pihak berkuasa mencarinya.

“Insyallah dengan strategi ini yang kita ada kita doakan segalanya membawa keberkesanan bagi membantu mengurangkan beban rakyat dari segi aspek kesihatan dan keselamatan akibat Covid-19 di dalam negara.

“Penguatkuasaan ini bukan untuk kita tetapi untuk negara dan rakyat secara keseluruhannya kalau semua mematuhinya 100 peratus,” ujarnya. – MalaysiaGazette