KUALA LUMPUR – Penyanyi popular Ayu Damit memberitahu ayahnya, Damit Osiri telah meninggal dunia hari ini.
“Dukacitanya Ayu maklumkan bahawa bapa Ayu, Damit bin Osiri telah meninggal dunia sebentar tadi di rumah. Terima kasih pda semua yang selama ini mendoakan bapa Ayu.
“Pada hari JUMAAT yang mulia ini bapa telah pergi buat selamanya… Semoga bapa ditempatkan dikalangan orang orang yg beriman….amin,” tulisnya.
Menerusi Insta Story miliknya, Ayu sudah pun dalam perjalanan pulang ke kampungnya di Sabah.
Dia turut menitipkan ucapan buat arwah ayahnya yang dianggap telah menjadi hero terbaik dalam hidupnya.
“TERIMA KASIH atas segala jasa mu bapa yang selama ini memelihara dan menyanyangi ku dari kecil hingga kesaat terakhir mu…
“Ayu berharap suatu hari kita akan berjumpa di syurga nnt…amin ya rabbal alamin,” kata juara program One In A Million musim kedua. – MalaysiaGazette