SEATLLE – Richard Branson akan melakukan penerbangan ke angkasa pada 11 Julai ini, 10 hari lebih awal bagi memintas pesaingnya, Jeff Bezos untuk muncul sebagai jutawan pertama ke angkasa lepas.
Branson akan menaiki kapal angkasa VSS Unity Virgin yang bakal menandakan persaingan penting dalam era baharu penerbangan komersial ke angkasa.
Virgin Galactic mengesahkan maklumat itu dan menerbitkan sebuah video yang menampilkan enam kru kapal penerbangan angkasa termasuk Branson.
Bezos dijadual berlepas pada 21 Julai ini dengan kapsul New Shepard.
Pengasas Amazon.com itu dijadualkan terbang ke angkasa pada 20 Julai bersama dengan saudaranya, Mark, juruterbang wanita, Wally Funk dan seorang lagi individu yang berjaya membida sebanyak AS$28 juta untuk menyertai penerbangan tersebut.
Persaingan ke angkasa ini turut disertai oleh Ketua Eksekutif SpaceX, Elon Musk, disokong oleh keyakinan bahawa penerbangan angkasa akan menjadi arus perdana kerana teknologi baharu terbukti dan menurunkan kosnya.
Bagaimanapun, Musk belum menetapkan tarikh penerbangan.
UBS mengunjurkan pasaran pelancongan angkasa akan merekodkan sebanyak AS3 bilion pada tahun 2030.
Bagaimanapun, Musk belum menetapkan tarikh penerbangan.
Misi Mr Branson pada 11 Julai akan menjadi ujian penerbangan ke-22 untuk VSS Unity dan penerbangan angkasa keempat syarikat itu, kata Virgin.
Tetapi akan menjadi yang pertama membawa kru penuh iaitu dua juruterbang dan empat “pakar misi”, termasuk Branson.
Dua tambahan penerbangan ujian dirancang sebelum Virgin memulakan perkhidmatan komersial tahun depan, kata syarikat itu. – MalaysiaGazette