Home SISWA PPV UMS terima sumbangan pelbagai pihak

PPV UMS terima sumbangan pelbagai pihak

Dr. Muhammad Syafiq mewakili PPV UMS menerima sumbangan dari wakil Agrobank, Aisyah Biran.

KUALA LUMPUR – Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah menerima sumbangan dari pelbagai agensi luar bagi membantu petugas dan sukarelawan di PPVIPT dalam menjalankan khidmat mereka.

Terbaharu, pihak pengurusan Agrobank melalui Kelab Rekreasi dan Kakitangan Agrobank
telah menyampaikan sumbangan wang berjumlah RM1,000 untuk dimanfaatkan sebaiknya bagi keperluan PPVIPT UMS.

Sumbangan tersebut disampaikan oleh Eksekutif Disbursement Agrobank Kota Kinabalu,
Aisyah Biran kepada Pengarah Pusat Rawatan Warga UMS, Dr. Muhammad Syafiq Abdullah
dalam satu acara ringkas di PPVIPT UMS.

Aisyah ketika ditemui berkata sumbangan tersebut diharap mampu membantu para petugas dalam memastikan proses pemberian vaksinasi berjalan dengan lancar.

“Inisiatif ini diusahakan bagi mempermudahkan masyarakat setempat termasuk para
kakitangan bank yang juga tergolong dalam pekerja perkhidmatan perlu untuk mendapatkan suntikan vaksin dalam masa terdekat,” katanya.

Beliau turut memuji kemudahan PPVIPT UMS yang lebih selesa dan teratur, serta petugas
dan sukarelawan yang banyak membantu para penerima vaksin.

PPV IPT UMS turut menerima sumbangan berupa makanan kering dan minuman bagi
menampung keperluan para petugas di PPV IPT.

Sumbangan disampaikan oleh Datin Norlizah Awang Ahmad, isteri kepada Ahli Parlimen
Sepanggar, Datuk Azis Jamman dalam satu acara ringkas di Kompleks Dewan Kuliah Pusat
Ke-2 yang menjadi lokasi PPV IPT UMS.

Sumbangan tersebut merupakan satu tanda sokongan kepada petugas barisan hadapan dan sukarelawan PPV IPT UMS dalam meningkatkan lagi jumlah pemberian vaksin dalam
kalangan masyarakat bagi mencapai imuniti berkelompok.

Sehingga 23 Jun 2021, PPVIPT UMS telah mencapai pemberian 1,806 dos suntikan
vaksin kepada masyarakat sekitar Kota Kinabalu sejak dibuka pada 14 Jun lalu. – MalaysiaGazette