TOKYO – Jepun meneruskan operasi mencari 20 orang yang hilang ekoran berlaku tanah runtuh yang disebabkan oleh hujan lebat yang melanda bandar tengah Atami semalam.
Kejadian itu telah mengorbankan dua orang, kata agensi berita Kyodo.
Kira-kira 10 orang berjaya diselamatkan selepas berlaku banjir lumpur dan tanah runtuh mengakibatkan kebanyakan rumah-rumah ditenggelami air di bandar tepi pantai yang terletak kira-kira 90 km (60 batu) di barat daya Tokyo.
Kejadian itu turut merosakkan 80 bangunan.
Perdana Menteri Yoshihide Suga menasihatkan penduduk di daerah-daerah yang terjejas untuk kekal waspada.
Banjir adalah peringatan bencana alam – termasuk gempa bumi, gunung berapi dan tsunami – di Jepun, yang mana ibu kotanya, Tokyo akan menjadi tuan rumah Olimpik musim panas mulai bulan ini.
Kira-kira 700 orang anggota penyelamat terdiri daripada anggota bomba dan tentera Jepun meneruskan usaha mencari dan menyelamatkan selepas matahari terbit.
Di kawasan yang terjejas, kira-kira 387 orang telah dipindahkan pada pagi Ahad, kata agensi berita itu. – MalaysiaGazette