KUALA LUMPUR – Pelakon Amar Asyraf menepis dakwaan dia menjadi duta bagi produk pencuci alat sulit lelaki kerana mengalami masalah sakit tuan.
Amar atau nama sebenar Amar Asyraf Zailuddin, 30, menegaskan, dia menerima tawaran duta produk yang dikenali Durro itu kerana mementingkan kebersihan dan penjagaan alat sulit.
Bapa kepada seorang anak itu berkata, dia tidak malu untuk menjadi duta biarpun produk tersebut melibatkan bahagian sensitif lelaki.
“Saya tidak perlu rasa malu untuk jadi duta pembersihan alaut sulit dan mempromosikannya. di laman sosial.
“Apatah lagipProduk ini memang sesuai untuk kegunaan harian memandangkan lelaki juga perlu menjaga kebersihan di bahagian alat sulit.
“Kaum lelaki perlu ambil berat dengan kebersihan kerana sabun mandi tidak sesuai untuk digunakan di bahagian alat sulit kerana kandungan pH yang berbeza,” ujarnya.
Dia ditemui pada majlis sembang santai anjuran DBI Health & Beauty di sini semalam.
Amar dipilih sebagai duta bagi produk pencuci alat sulit lelaki itu selama setahun manakala pelakon Izreen Azminda pula menjadi duta untuk produk pencuci alat sulit wanita iaitu Poora.
Jelas beliau lagi, Durro memiliki kelebihan kerana diformasikan secara tradisional untuk menjaga kebersihan alat sulit, memberi kesan antiseptik, menghilang bau, membantu menguatkan otot dan melancarakan peredaran darah.
Kata Amar, golongan lelaki bermula peringkat remaja digalakkan memakai Durro agar mementingkan penjagaan alat dari peringkat awal. – MalaysiaGazette