Home Politik Armada kecam Kit Siang seleweng tazkirah Hadi

Armada kecam Kit Siang seleweng tazkirah Hadi

Mohd Ashraf Mustaqim

KUALA LUMPUR – Armada Bersatu Malaysia mengecam sekeras-kerasnya kenyataan Lim Kit Siang yang secara jelas telah menyeleweng tazkirah Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sekaligus mempersenda umat Islam.

Ketua Penerangannya, Mohd Ashraf Mustaqim Badrul Munir mendakwa Kit Siang telah menyeleweng dan mempersenda ‘keimanan’ umat Islam saat beliau menulis; If “Allah’s government” is the best form of government in Covid-19 Pandemic, why Malaysia is the last in the Economist’s global normalcy index losing out to countries none of which can claim to be “Allah’s government”.

“Nyata selain mempolitikkan, memfitnah dan seleweng apa yang dikatakan Haji Hadi yang bukannya merujuk bahawa ‘kerajaan ini’ (kerajaan Malaysia) adalah kerajaan Allah, melainkan Allah dan seluruh dzat-Nya yang bersemayam di Arasy’ yang maha kuasa atas tiap sesuatu,” katanya dalam satu kenyataan malam ini.

Dalam ‘tazkirah maya’ Abdul Hadi, menurutnya, secara jelas beliau mengajak umat Islam agar bermuhasabah dan berikhtiar dengan akal dan ilmu yang dikurniakan oleh Allah selain bersabar dalam sama membantu ‘kerajaan manusia’ yang serba kekurangan.

Beliau sendiri tidak menafikan soal ikhtiar dan kekurangan ‘kerajaan manusia’, katanya.

“Haji Hadi juga secara terangan bicara tentang hakikat yang berbalik perihal keimanan kita atas keyakinan dan ketentuan bahawa hanya Allah yang Maha Kuasa mampu menghilangkan penyakit serta mengabulkan segenap ikhtiar manusia.

“Jelas pemahaman Kit Siang tersasar, tambah mengecewakan takkan tiada satu pun pemimpin yang ada keimanan kepada Allah serta pada agama Islam dalam DAP, yang berani menegur Kit Siang saat Allah yang maha kuasa dipersenda diperlekehkan? ” soal Mohd Ashraf.

Menurutnya, ia adalah bukti tak sudah betapa biadabnya kepimpinan DAP seperti Kit Siang dan betapa halusnya permainan politik DAP untuk menanam kebencian dan bawa idealisme kebebasan pemikiran semata dari bersulam keimanan khususnya buat umat Islam dalam pada ummah terus maju dan berikhtiar bertepatan kemajuan sains dan teknologi.- MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Kit Siang guna perkataan ‘kerajaan Allah’ hina pimpinan negara?