KUALA LUMPUR – Pertemuan khas di Wisma Perwira di ibu negara malam tadi dipercayai dipercayai perbincangan bersama Presiden UMNO berhubung keputusan untuk membawa keluar parti itu daripada Perikatan Nasional (PN).
Menurut sumber, selain Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, pertemuan tertutup itu turut dihadiri Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan beberapa lagi pemimpin tertinggi parti.
“Mesyuarat itu hanya dihadiri oleh beberapa pemimpin tertinggi UMNO untuk meminta Zahid tidak membuat membuat keputusan terburu-buru mengenai masa depan parti,” kata sumber yang enggan dikenali kepada MalaysiaGazette.
Sebelum ini, dua Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Tan Sri Noh Omar dan Datuk Asri Tajuddin Abdul Rahman menafikan mereka menghadiri pertemuan berkenaan.
BACA: Noh, Tajuddin tak hadir pertemuan khas pemimpin UMNO
Dalam pada itu, sumber itu juga menyatakan keputusan untuk menarik diri daripada kerajaan pula tidak dibincangkan kerana ia tidak sesuai ketika ini.
“Ahli-ahli yang menghadiri perjumpaan tidak setuju (dengan keputusan untuk menarik diri dari PN) dan terus mahu berunding dengan Zahid.
“Ini bukan masa yang tepat kerana Parlimen bersidang tidak lama lagi. Keutamaan mestilah kepada pencegahan Covid-19,” katanya lagi. – MalaysiaGazette
ARTIKEL BERKAITAN:
Kamu ni betul2 wartawan tak beretika…balik2 menurut ‘sumber’? Sumber apa? Sumber kamu sendiri kah? Come on laaa..kalau yer pun nak buat berita sensasi, tak payahlah jatuhkan standard mcm akhbar tabloid plak…