Home Politik ‘Kerajaan Allah’: Kit Siang mohon maaf

‘Kerajaan Allah’: Kit Siang mohon maaf

Lim Kit Siang

KUALA LUMPUR – Veteran DAP, Lim Kit Siang memohon maaf secara terbuka ekoran kenyataannya mempersoal ‘Kerajaan Allah’ dalam hantaran media sosial miliknya semalam.

Beliau berkata ketika membaca satu laporan media, beliau berpandangan ‘Kerajaan Allah’ yang disebut oleh Datuk Seri Abdul Hadi Awang merujuk kepada kerajaan Islam termasuklah kerajaan Perikatan Nasional yang sering mendakwa mereka adalah “Kerajaan Melayu-Islam”.

“Saya telah dimaklumkan bahawa saya telah silap dalam pemahaman saya mengenai apa yang dikatakan oleh Hadi Awang dan beliau bukan merujuk kepada ‘kerajaan Islam’.

“Atas kesedaran ini, saya menarik balik kenyataan saya dan memohon maaf atas kenyataan tersebut yang berdasarkan pemahaman yang salah mengenai kenyataan Hadi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kit Siang baru-baru ini memuat naik satu kenyataan bahasa Inggeris dalam laman Facebooknya yang dilihat menyentuh sensitiviti masyarakat Islam di negara ini.

Beliau menulis, ‘If Allah government is the best form of government in Covid-19 pandemic, why Malaysia is the last in the economist’s global normalcy index losing out to countries none of which can claim to be ‘Allah’s government’,”.

Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu merujuk kepada kenyataan Abdul Hadi bahawa Covid-19 adalah ujian kepada manusia dan hanya ‘kerajaan Allah yang Maha Berkuasa dan Maha Sempurna’ boleh menghapuskan virus itu.

BACA:

Armada kecam Kit Siang seleweng tazkirah Hadi

Kata Kit Siang, beliau tidak berniat untuk mepersoalkan mana-aman agama atau kepercayaan.

“Niat saya hanyalah untuk menulis respons kepada apa yang dilaporkan sebagai kenyataan Hadi,” katanya lagi.

Sebelum ini, pelbagai pihak antaranya Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menganggap perbuatan Kit Siang yang menulis ‘kerajaan Allah’ bagi menggambarkan pimpinan negara sekarang amat biadap dan kurang ajar serta mesti diambil tindakan tegas oleh pihak berkuasa.

Malah Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) turut mengecam sekeras-kerasnya kenyataan Kit Siang yang secara jelas telah menyeleweng ‘tazkirah maya’ Presiden Pas sekaligus secara terangan mempersenda umat Islam. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Kit Siang guna perkataan ‘kerajaan Allah’ hina pimpinan negara?

1 Komen

  1. Kerajaan allah yang sebenar bukan kerajaan yang hadi cakap tu. Hadi cakap atas dasar ilmunya dan dikait dengan politiknya.
    Kerajaan allah jauh dari gambaran hadi yang terkait pribadi dan merasa diri betul walau pun buat salah. Contohnya rampas kerajaan secara demokrasi kerana kehendak allah. Sebenarnyanya bukan kehendak allah tapi izin allah atas kehendak manusia mengaku islam untok ujian.
    Kamu diuji dengan perkataan kamu itu tuhan nak nyatakan ianya benar atau tidak manusia boleh lihat sendiri dengan nyata dan jelas.
    Itu jawaban allah pada yang berakal

Comments are closed.