MOSCOW – Sebuah pesawat dengan 28 penumpang yang hilang dari radar ditemui terhempas di laut di wilayah timur jauh Rusia, kata para pegawai tempatan.
Pesawat kipas dengan 22 penumpang dan 2 kru berlepas dari Petropavlovsk-Kamchatsky dan berada kira-kira 10 kilometer untuk mendarat di kampung Palana apabila ia hilang daripada radar.
Para pegawai kecemasan berkata, mereka telah menemui lokasi pesawat Antonov, An-26, di Laut Okhotsk.
Kapal daripada Angkatan Pasifik Rusia telah dikerahkan ke Teluk Shelikhov.
Pesawat milik Kamchatka Aviation Enterprise hilang daripada komunikasi berjadual dan radar, kata para pegawai kecemasan tempatan.
Jurucakap pejabat pendakwaraya pengangkutan tempatan, Valentina Glazova berkata, misi mencari dan menyelamat telah digerakkan.
Agensi berita Rusia memetik para pegawai tempatan berkata, terdapat 28 orang berada dalam pesawat, termasuk enam kru, dan terdapat seorang atau dua kanak-kanak.
Bagaimanapun, terdapat percanggah laporan dengan sumber memberitahu agensi berita TASS bahawa pesawat tersebut terhempas di laut manakala seorang lagi sumber memberitahu Interfax, ia mungkin jatuh berhampiran lombong arang batu berhampiran Palana.
Misi mencari dan menyelamat yang dilancarkan membabitkan dua buah helikopter dan para pekerja menyelamat sedang bersiap sedia.
Perdana Menteri Rusia, Mikhail Mishustin mengarahkan jawatankuasa khas dibentuk bagi mencari punca nahas. – MalaysiaGazette