Menjangkau ke usia emas, Hang Seng Long, 75, masih mengerah kudrat cari rezeki untuk kelangsungan hidup.
Hang Seng Long mampu memikul tong gas seberat 14kg setiap kali pesanan dibuat dari pelanggan.
Beliau memulakan perniagaan seawal 8 pagi hingga 7 petang pada setiap hari. Dia banyak menghabiskan masa berniaga di kedai runcitnya.
Walaupun dibantu anaknya untuk membuat penghantaran, dia masih gigih melakukan secara sendirian tanpa rasa lelah.
Hang Seng Long menyambung legasi bapanya mengusahakan perniagaan termasuk jualan tong gas sejak 1966 selepas kematian bapanya.
“Sedikit sebanyak, perniagaan saya juga terjejas akibat wabak Covid-19 melanda, namun saya harus kuat semangat supaya perniagaan yang telah diusahakan dari bapa hampir 6 dekad ini berterusan sampai bila-bila”
Justeru Hang Seng Long berharap anaknya dapat meneruskan legasi seterusnya supaya perniagaan ini tidak terhenti.