Home Nasional Tular video halang tugas penjawat awam, polis siasat tiga pemimpin politik

Tular video halang tugas penjawat awam, polis siasat tiga pemimpin politik

Ramli Mohamed Yoosuf.

KUANTAN – Pemimpin politik yang didakwa menggangu tugas penjawat awam ketika proses reman bersabit 18 pekebun di Raub masih dalam siasatan polis.

Ketua Polis Pahang, Datuk Ramli Mohamed Yoosuf berkata, dalam video tular tersebut menunjukkan ada cubaan menghalang tugas pihak berkuasa dan siasatan akan dilakukan berhubung isu merentas negeri tanpa kebenaran.

Menurutnya, semua rakyat Malaysia tertakluk dan harus hormat kepada undang-undang di negara ini, katanya dalam sidang media hari ini.

“Hormat undang-undang bermakna tidak menggugat penjawat awam ketika dalam proses undang-undang diambil terutamanya ketika penjawat awam menjalankan tugas.

“Menerusi video yang tular, nampaknya tidak elemen menghormati penjawat awam sebaliknya diherdik-herdik penjawat awam, polis yang menjalankan tugas

“Mereka juga tidak mengemukakan surat kebenaran rentas negeri sedangkan jika ada mereka sepatutnya berbuat demikian,” kata Ramli.- MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Ronnie rentas negeri, polis buka kertas siasatan