LONDON – Penyerang prolifik, Harry Kane muncul wira England apabila jaringannyapada tambahan masa Harry Kane memberikan kemenangan 2-1 mengatasi Denmark awal pagi tadi seterusnya membawa mereka ke final Euro 2020 untuk berdepan Itali.
Ia adalah final kejohanan utama pertama buat England sejak Piala Dunia 1966.
Kane meledak selepas Kasper Schmeichel menyelamatkan penalti kontroversinya yang diberikan pada minit ke-104 di depan hampir 65,000 penyokong di Wembley.
Mikkel Damsgaard memberikan Denmark gol pendahuluan pada minit ke-30 menerusi sepakan percuma yang menarik.
Bagaimanapun gol sendiri Simon Kjaer memberikan gol penyamaan buat England sebelum tamat babak pertama. – MalaysiaGazette