KUALA LUMPUR – Polis mengesahkan ada menerima satu laporan seorang individu yang mendakwa menerima suntikan vaksin Covid-19 daripada botol kosong.
Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, laporan polis berkenaan diterima pihaknya pada dua hari lalu.
Beliau berkata, proses siasatan masih dilakukan berhubung laporan berkenaan.
“Setakat ini kita terima satu laporan mendakwa botol vaksin kosong,” katanya ketika sidang media secara dalam talian hari ini.
Pada 7 Julai yang lalu, tular di media sosial seorang individu membuat laporan polis mendakwa menerima suntikan vaksin jenis Pfizer kosong di Hospital Banting, Kuala Langat.
Menurut laporan polis yang tular dalam laman media sosial, individu berkenaan mendakwa menerima suntikan itu pukul 11.30 pagi dan turut membuat rakaman video sepanjang proses berkenaan.
Katanya, sebaik sahaja selesai, dia menonton kembali rakaman video berkenaan dan mendapati pihak berkenaan tidak menekan jarum untuk memasukkan vaksin ke dalam badan.-MalaysiaGazette
ARTIKEL BERKAITAN:
Polis siasat dakwaan individu terima suntikan picagari kosong masa vaksinasi