
SEOUL – Harga minyak jatuh hari ini disebabkan kebimbangan lebihan bekalan di sebalik penurunan di luar jangkaan terhadap inventori minyak mentah Amerika Syarikat.
Pelabur-pelabur terus memerhatikan impak ketegangan di antara Amerika Syarikat dan Korea Utara kepada pasaran.
Penanda aras global harga minyak Brent berada pada paras AS$51.62 setong 0652 GMT, turun sebanyak 28 sen atau 0.54 peratus berbanding ketika ditutup sebelumnya.
Ini merupakan harga terendah sejak 1 Ogos.
Harga minyak mentah U.S West Texas Intermediate jatuh 32 sen atau 0.66 peratus pada AS$48.27 setong, merekodkan paras terendah sejak 26 Julai/
Minyak mentah mencecah harga tertinggi dalam tempoh dua setengah tahun Khamis lalu tetapi jatuh semula sekitar 1.5 peratus dengan harga minyak mentah Amerika Syarikat di bawah AS$50 setong di sebalik kebimbangan berterusan terhadap lebihan bekalan.-MalaysiaGazette