KUALA LUMPUR – Kartunis Lengkuas yang popular dengan karya Mat Despatch dalam majalah Ujang dan Yob Peon dalam majalah Lanun meninggal dunia di Hospital Selayang pagi ini.
Allahyarham dipercayai meninggal dunia akibat komplikasi darah tinggi dan buah pinggang selepas dua hari dimasukkan dalam wad pesakit hospital berkenaan.
Lengkuas atau nama sebenarnya Zainuddin Saleh, 53, mengalami masalah buah pinggang kira-kira tiga tahun lalu
Allahyarham meninggalkan seorang balu dan tiga anak berusia 10 tahun dan kembar 15 tahun.
Jenazah dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Batu Muda selepas Asar, hari ini.
Allahyarham mempunyai pengalaman berkarya sebagai kartunis selama lebih 30 tahun.
Pemergian Lengkuas disifatkan sebagai satu kehilangan yang sangat besar dalam industri kartunis. – MalaysiaGazette