COLOMBO – Sebanyak 176 kura-kura, empat ikan paus dan 20 ikan lumba-lumba mati dan terdampar di pantai Sri Lanka selepas kebakaran kapal kontena X-Press Pearl pada bulan Mei lalu.
Menteri Pelabuhan dan Pelayaran Sri Lanka, Rohitha Abeygunawardena memberitahu, Institut Penyelidikan Veterinar sedang menjalankan siasatan untuk memastikan punca kematian haiwan laut itu.
Jabatan hidupan liar menyatakan haiwan laut itu ditemui mati di selatan hingga ke barat pantai sejak kebelakangan ini.
Kapal kontena X-Press Pearl yang mengibarkan bendera Singapura membawa 1,486 kontena dengan 25 tan asid nitrat dan beberapa bahan kimia dan kosmetik lain dari pelabuhan Hazira, India pada 15 Mei.
Kapal itu menghantar panggilan kecemasan ketika berada dekat dengan Pelabuhan Colombo pada 20 Mei dan tidak lama selepas itu ia terbakar.
Kebakaran kapal tersebut telah menyebabkan bencana alam sekitar yang besar kerana pantai-pantai telah rosak. – MalaysiaGazette