LAS VEGAS – Malang berganda menimpa bintang AFC, Conor McGregor.
Dia bukan sahaja tewas kepada Dustin Poirier pada pusingan pertama kategori lightweight saingan UFC 264 di T-Mobile Arena hari ini malah gagal meneruskan perlawanan akibat patah kaki.
Ia adalah pertarungan ketiga antara McGregor dan Poirier dan berakhir sebelum tamat pusingan pertama selepas doktor menghentikan perlawanan.
McGregor tidak dapat menerima kekalahan itu dan menganggap perseteruan di antara mereka belum berakhir.
Dalam dua pertarungan sebelum ini, McGregor memenangi pertemuan pertama tetapi Poirier membalas dendam pada Januari lalu. – MalaysiaGazette.