Home Ekonomi Permohonan i-Citra diawalkan, boleh mula pohon esok – KWSP

Permohonan i-Citra diawalkan, boleh mula pohon esok – KWSP

Permohonan untuk pengeluaran i-Citra diawalkan dua hari daripada yang dijadulakan iaitu bermula 12 Julai ini.

KUALA LUMPUR – Permohonan untuk pengeluaran i-Citra diawalkan dua hari daripada yang dijadualkan iaitu bermula 12 Julai ini.

Perkara itu diumum oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menerusi hebahan di media sosial hari ini.

Untuk rekod, i-Citra inisiatif di bawah Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Sebelum ini, permohonan akan bermula pada 15 Julai ini.

Ia merupakan inisiatif jangka pendek kesinambungan i-Sinar bagi membantu pencarum yang terkesan dengan cabaran ekonomi akibat pandemik Covid-19 serta mengimbangi keperluan masa kini dan masa depan ahli-ahlinya.

Pelaksanaan i-Citra akan dapat menyalurkan RM30 bilion kepada rakyat untuk menampung keperluan harian.

Dijangkakan, seramai 12.6 juta ahli KWSP layak menikmati inisiatif terbabit.-MalaysiaGazette