Home Seni Hidup Tak ikut ke Turki, kami ada di Malaysia – Anak Azmin

Tak ikut ke Turki, kami ada di Malaysia – Anak Azmin

Foto Twitter Farah Amira.

KUALA LUMPUR – Salah seorang anak Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menjelaskan keluarganya tidak mengikuti bapanya dalam lawatan rasmi ke Turki.

Farah Amira di laman Twitter miliknya berkata, dia tidak tahu lagi bagaimana hendak membuktikan mereka berada di Malaysia ketika ini.

“Tak tahu macam mana lagi nak buktikan kita orang dekat Malaysia,” katanya sambil memaparkan gambar dia dan adik-beradiknya di depan televisyen yang menunjukkan saluran TV3.

Dia juga menyiarkan gambar dan kapsyen yang sama di Instagram Story.

Namun tidak kelihatan dalam gambar itu adalah ibunya, Datin Seri Shamsidar Taharin.

Malam tadi, gambar Mohamed Azmin berhampiran bangunan ikonik Turki, Hagia Sophia menjadi mencuri perhatian netizen di media sosial.

Menerusi hantaran Instagram Turkey Local Guides, Mohamed Azmin dilihat merakam foto dengan seorang lelaki dipercayai pemilik media sosial berkenaan.

Namun hantaran awal telah dipadam terlebih dahulu.

Dalam keterangan hantaran itu, lelaki yang bergambar dengan Azmin itu menggelarkan dirinya sebaga Necdet yang juga pemandu pelancong berlesen sejak tahun 2008.

“Ia merupakan satu penghormatan untuk membawa Mr Muhammed Azmin Ali (Menteri Kanan Malaysia). Dia sanggup dan bersabar (meluangkan masa) mendengar kisah-kisah mengenai Hagia Sophia, ” ujar pengendali Instagram itu.

Dalam hantaran sama, pengendali Instagram Turkey Local Guides turut memohon maaf atas kesilapan fakta yang dikongsi sebelum ini menerusi keterangan asal hantaran tersebut berkenaan.

Malah, ruangan komen pada posting itu turut ditutup.

“Maaf kepada semua rakyat Malaysia. Saya membuat kesilapan berkongsi informasi salah. Ia merupakan delegasi rasmi MITI. Kunjungan ini sebahagian program yang dianjurkan oleh kerajaan Turki.

“Kami dibawa ke sana untuk solat Asar, ” ujarnya.

Mohamed Azmin kini berada di Eropah untuk lawatan rasmi dan sebelum ini berada di Austria untuk bertemu dengan Menteri Persekutuan bagi Hal Ehwal Digital dan Ekonomi Austria, Dr Margarete Schramböck. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Salah informasi, ia delegasi rasmi MITI

1 Komen

  1. Tourist guide tu post…Mr. Azmin dan keluarga…aikkk Azmin ada keluarga lain ke di Turki?? keluarga gelap kaa?? haaaaaa

Comments are closed.