Home Dunia Ramai yang hilang akibat banjir kilat di Jerman

Ramai yang hilang akibat banjir kilat di Jerman

Keadaan banjir di bandar Hagen, Jerman. foto Agensi

BERLIN – Sekurang-kurangnya empat orang terkorban dan ramai lagi yang hilang berikutan banjir teruk di barat Jerman, kata polis.

Bencana banjir terburuk terjadi di bahagian negeri Rhineland-Palatinate, yang mana sekitar 50 orang telah menunggu di atas bumbung kediaman masing-masing untuk diselamatkan.

Puluhan lagi hilang di wilayah Eifel yang berbukit setelah beberapa rumah runtuh, lapor media SWR.

Banjir besar itu tercetus ketika sungai Ahr, yang mengalir ke Sungai Rhine telah mengakibatkan tebing sungai di tebing selatan Bonn pecah.

“Bomba telah dikerah untuk menjalankan kerja-kerja menyelamat,” kata polis.

Tentera juga sudah diarahkan beberapa kawasan untuk membantu penduduk yang terkandas.

Kira-kira 25 rumah berhampiran bandar Adenau di wilayah Eifel dalam bahaya kerana hampir runtuh.

Darurat telah diisytiharkan di kawasan ini.

Dilaporkan beberapa rumah di kawasan itu telah terputus sepenuhnya dan tidak dapat lagi dilalui dengan bot.

Sementara itu, dua anggota bomba mati – seorang dilaporkan lemas, sementara yang lain dilaporkan rebah ketika menjalankan operasi menyelamat.

Hujan lebat diramalkan akan berlaku di sebahagian besar Jerman pada hari Khamis dan Jumaat. – MalaysiaGazette