Home Nasional Agong perkenan diadakan mesyuarat khas

Agong perkenan diadakan mesyuarat khas

MGF13072020_SIDANG-PARLIMEN_08_1-1-640x425
Parlimen Malaysia menyaksikan pertukaran tiga kerajaan dalam tempoh tiga tahun selepas BN kalah PRU14.

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong perkenan untuk perdana menteri mengadakan Mesyuarat Khas Dewan Rakyat walaupun Proklamasi Darurat bertarikh 1 Januari 2021 masih berkuatkuasa.

Mesyuarat khas yang telah ditetapkan itu mengikut Peraturan 11(3) Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat, kata Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun.

Sehubungan itu, Setiausaha Dewan Rakyat, Nizam Mydin Macha Mysin akan mengeluarkan pemberitahuan mesyuarat khas kepada semua Ahli Parlimen Dewan Rakyat pada hari ini.

Pemberitahuan itu memaklumkan Dewan Rakyat akan bersidang selama lima hari bermula 26 April hingga 29 April dan Isnin, 2 Ogos 2021 bermula jam 10 pagi.

Bagi memastikan mesyuarat khas itu berlangsung dalam keadaan selamat, semua ahli Parlimen hendaklah sentiasa mematuhi prosedur operasi standard pelaksanaan persidangan Parlimen yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Kesihatan Malaysia sepanjang masa. – MalaysiaGazette

c8082ad5b097f8d19268f76d22f1f996?s=150&d=mp&r=g
+ posts