Home Nasional 110 lagi kematian hari ini, 885 di ICU

110 lagi kematian hari ini, 885 di ICU

Petugas Kesihatan mengendalikan jenazah pesakit Covid-19 ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Pusu, Gombak, Selangor. Foto AFFAN FAUZI, 22 MEI 2021.

KUALA LUMPUR – Sebanyak 110 kes kematian pada hari ini, turun lapan kes berbanding semalam.

Dengan pertambahan ini, jumlah kematian akibat pandemik Covid-19 di negara ini melonjak kepada 6,613 kes.

Jumlah kematian terbaharu ini melibatkan 95 kes warganegara dan bakinya warga asing.

Angka kematian itu melibatkan 45 kes di Selangor, Kuala Lumpur (23), Negeri Sembilan (11), Johor (7), Pahang (5), masing-masing empat (4) kes di Kedah dan Sarawak.

Manakala masing-masing tiga kes lagi Melaka dan Kelantan, Sabah (2) dan masing-masing satu (1) kes di Pulau Pinang, Perak dan Labuan.

Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kes sembuh setakat 12 tengah hari tadi ialah 6, 095, sekali gus menjadikan kumulatif angka sembuh 765,800.

Negara hari ini merekodkan kes jangkitan tertinggi baharu kepada 13, 215 kes, termasuk 13 kes import daripada tujuh kes melibatkan warganegara dan enam bukan warganegara.

Kes jangkitan daripada warganegara ialah 10,845 dan warga asing 2,357.

Noor Hisham berkata, jumlah kes aktif ialah 108,369 dengan 885 kes memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 432 pula memerlukan bantuan pernafasan.

Jumlah kluster baharu juga meningkat sebanyak 26 menjadikan kluster aktif kepada 873.

Dalam pada itu, katanya, setakat semalam, nilai kadar kebolehjangkitan (RT) di Malaysia terus meningkat sebanyak 1.19.

Negeri yang mencatatkan nilai RT yang tertinggi adalah Terengganu (nilai RT 1.40).

Manakala negeri-negeri lain yang mencatatkan RT melebihi 1.0 adalah Putrajaya (1.31), Kedah (1.19), Selangor 1.18), Kuala Lumpur 1.17), Pahang (1.16), Melaka (1.15), Negeri Sembilan (1.13), Pulau Pinang 1.10), Sabah (1.06), Johor (1.05), dan Perak (1.04). – MalaysiaGazette