AMSTERDAM – Wartawan terkenal Jerman, Peter R de Vries yang ditembak di pusat Amsterdam sembilan hari yang lalu, meninggal dunia.
“Peter berjuang hingga pada saat akhir, tetapi dia tewas,” kata satu kenyataan daripada keluarganya.
Wartawan berusia 64 tahun itu ditembak di kepala beberapa minit selepas meninggalkan stesen televisyen.
Kejadian itu mengejutkan seluruh Belanda.
Vries terkenal dengan penyiasatannya terhadap perusuh dan pengedar dadah.
Susulan kejadian itu dua suspek ditangkap.
De Vries pernah mendapat pujian atas laporannya mengenai dunia jenayah di Belanda – termasuk penculikan jutawan bir, Freddy Heineken pada tahun 1983.
Perdana Menteri Belanda, Mark Rutte menyifatkan wartawan veteran itu ‘tidak pernah takut akan sesiapa’.
“Kami berhutang kepada Peter R de Vries untuk memastikan dia mendapat keadilan,” katanya.
Mr Vries diserang pada petang 6 Julai lalu ketika dia berjalan kaki dari sebuah studio televisyen selepas dijemput untuk rancangan temu bual di Lange Leidsedwarsstraat di pusat bandar Amsterdam.
Lima tembakan dilepaskan dari jarak dekat dan terkena kepalanya.
Anaknya, Royce de Vries, yang mengulas kejadian menimpa bapanya menyifatkan “mimpi buruk terburuk buat keluarga” menjadi kenyataan. – MalaysiaGazette