Home Nasional Masalah teknikal satelit MEASAT-3 punca gangguan telekomunikasi di Long Semadoh

Masalah teknikal satelit MEASAT-3 punca gangguan telekomunikasi di Long Semadoh

Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Gangguan ke atas perkhidmatan telekomunikasi di Long Semadoh, Sarawak baru-baru ini berpunca daripada masalah teknikal pada satelit MEASAT-3.

Usaha membaikpulih menara-menara yang terkesan oleh gangguan pada satelit MEASAT-3 di seluruh negara sedang giat dijalankan oleh MEASAT dan pemberi perkhidmatan berkaitan, kata Suruhanjaya Komunikasi Multi Media.

Malah, kerja-kerja baik pulih di lebih 40 kawasan lain di Sarawak yang terjejas berikutan masalah teknikal pada satelit MEASAT-3 sedang giat diusahakan dan dijangka siap sepenuhnya pada minggu pertama Ogos 2021. – MalaysiaGazette