KUALA LUMPUR – Nilai Kadar Kebolehjangkitan (Rt) Covid-19 kini sebanyak 1.20 berdasarkan data terkini.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Noor Hisham Abdullah berkata, negeri yang mencatatkan nilai RT yang tertinggi adalah Putrajaya iaitu RT 1.32.
Jelas beliau, ia disusuli negeri-negeri lain yang mencatatkan RT melebihi 1.0 seperti Terengganu (nilai RT 1.27), Kedah (nilai RT 1.23) danĀ Selangor (nilai RT 1.20).
Pulau Pinang pula mencatat nilai RT 1.20) diikuti Negeri Sembilan (nilai RT 1.17), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (nilai RT 1.15) dan Melaka (nilai RT 1.14).
Selain itu, Pahang merekodkan nilai RT 1.12, disusuli Johor (nilai RT 1.10), Kelantan (nilai RT 1.10), Perak (nilai RT1.10) dan Sabah (nilai RT 1.09), kata Dr. Noor Hisham dalam satu kenyataan hari ini. – MalaysiaGazette