DELHI – Sekurang-kurangnya 45 orang penumpang terbunuh apabila dua bas terhumban akibat berlaku tanah runtuh di utara India.
Kejadian itu berlaku semasa bas-bas berkenaan berhenti berehat di kawasan berkenaan ketika hujan lebat melanda di daerah Mandi, dekat Himachal Pradesh.
Tentera telah menyertai usaha pencarian. Lima orang telah diselamatkan dengan kecederaan parah, kata laporan.
Pasukan tentera telah dikerahkan untuk operasi dan menyelamat. Lima penumpang telah diselamatkan dengan kecederaan parah.
Jumlah kematian dijangka meningkat kerana ramai yang masih hilang.
Tanah runtuh biasa berlaku di India terutama pada musim tengkujuh dari bulan Julai hingga September.
Jalan raya, kira-kira 200 kilometer (124 batu) dari ibu negara Shimla, telah dibersihkan sepenuhnya.
Beberapa rumah dan kenderaan lain juga dimusnahkan.
Hujan lebat telah menjejaskan jutaan penduduk di 20 buah negeri di India. – MalaysiaGazette