KUALA LUMPUR – Pelabur-pelabur asing asing menjual ekuiti tempatan sebanyak RM63.1 juta pada minggu lepas, selepas membeli RM151.2 juta pada minggu sebelumnya.
Menurut MIDF Amanah Investment Bank Bhd dalam laporan mingguannya berkata, dana-dana asing adalah penjual bersih dalam tiga daripada lima hari dagangan.
Penjualan asing kemuncak pada hari Jumaat dengan jumlah RM93.5 juta, tertinggi sejak 5 Julai lalu,” kata firma penyelidikan itu.
Penurunan pada hari Jumaat bertepatan dengan kejatuhan FBM KLCI di bawah paras 1,770 mata dan mata wang Ringgit mencecah paras terendah dalam satu bulan,” katanya.
MIDF Research berkata aliran keluar mingguan selari dengan yang dilihat oleh rakan serantau terutamanya Korea, Indonesia dan Taiwan.
Katanya, setakat ini pelabur asing hanya menjadi penjual bersih selama 6 minggu tahun ini berbanding 27 minggu lalu.
“Meskipun pengeluaran asing minggu lalu, aliran masuk kumulatif setakat ini berubah sedikit pada RM10.7 bilion bersih berbanding RM10.8 bilion pada minggu sebelumnya.
“Kadar penyertaan asing menjadi lembap kerana nilai perdagangan harian purata asing (ADTV) menurun 31 peratus berbanding RM895 juta pada minggu sebelumnya kepada RM615 juta.
Ia adalah paras terendah sejak minggu pertama 2017, kata MIDF Research. – MalaysiaGazette