Home Sukan Piala Super Sepanyol: Real menang, Ronaldo dibuang padang

Piala Super Sepanyol: Real menang, Ronaldo dibuang padang

Ronaldo terkejut selepas dibuang padang kerana menerima kad kuning kedua dalam aksi Piala Super Sepanyol menentang Barcelona malam tadi.The Sun

BARCELONA – Cristiano Ronaldo dibuang padang selepas menjaringkan gol dalam aksi bertemu Barcelona malam tadi.

Real Madrid menjinakkan Barcelona 3-1 pada pusingan pertama Piala Super Sepanyol.

Pada babak kedua perlawanan di Nou Camp, gol sendiri Gerard Pique pada minit ke-50 meletakkan Galacticos di hadapan.

Bagaimanapun Lionel Messi menyamakan kedudukan menerusi sepakan penalti pada minit ke-77 selepas Luis Suarez dikasari Keylor Navas.

Ronaldo yang dimasukkan pada babak kedua dilayangkan dua kad kuning selepas meraikan golnya pada minit ke-80 dengan membuka jersinya di atas padang.

Pengadil melayangkan kad merah ke arah Ronaldo selepas pemain itu sengaja merebahkan diri. The Sun

Bintang antarabangsa Portugal itu kemudian menerima kad kuning kedua kerana sengaja merebahkan diri ketika dicabar Samuel Umtiti.

Ronaldo yang tidak puas hati dengan kad kuning kedua itu terus menolak pengadil perlawanan, Ricardo De Burgos Bengoetxea ketika meninggalkan padang.

Marco Asensio melengkapkan kemenangan Real yang beraksi dengan 10 pemain menerusi gol pada minit ke-90.

Ia merupakan kekalahan pertama pengurus baharu Barcelona, Ernesto Valverde dalam aksi kompetitif di Nou Camp.

Kedua-dua pasukan gergasi Sepanyol itu akan bertembung dalam perlawanan timbal balik di Bernabeu pada Rabu ini.

Penghijrahan Neymar ke Paris Saint Germain jelas memberi kesan di bahagian serangan Barcelona. – MalaysiaGazette