Home Sukan Arsenal cuba nasib pinang bintang Barcelona

Arsenal cuba nasib pinang bintang Barcelona

Sergino Dest

LONDON – Arsenal telah memujuk untuk menandatangani bintang bek kanan pertahanan Barcelona, Sergino Dest.

Laporan di Sepanyol mendakwa the Gunners memasuki pasaran untuk mendapatkan pemain pertahanan bek kanan apabila Hector Bellerin mahu meninggalkan Emirates musim ini.

Namun skuad kendalian Mikel Arteta berdepan saingan apabila sebuah kelab Serie A Itali, Inter Milan juga berminat  mahu khidmat pemain berusia 20 tahun itu menggantikan Achraf Hakimi.

Arsenal dikatakan sedang menilai pilihan pemain yang ada di pasaran dan antara kelab yang menyatakan hasat membeli pemain itu pada akhir musim lalu.

Pun begitu, situasi di Nou Camp pula dilaporkan sebaliknya apabila Dest difahamkan tidak berniat meninggalkan the Catalans musim ini.

Barcelona bagaimanapun berusaha menjual pemain itu untuk mengimbangkan kedudukan kewangan kelab mengelak perlanggaran peraturan keadilan kewangan (FFP) dalam La Liga.

Jualan Dest mampu membawa pulangan sehingga £25.7 juta untuk kelab La liga itu yang telah dibeli dari Ajax Oktober lalu.

Pemain Amerika Syarikat itu melakukan 41 penampilan musim ini di Barcelona dan membantu kelab berkenaan menjulang Piala Copa del Rey musim lepas.-MalaysiaGazette