Home Nasional JAS gantung lesen kilang cemar Sg Kundor

JAS gantung lesen kilang cemar Sg Kundor

Keadaan Sungai Kundor yang tercemar.

KUALA LUMPUR – Jabatan Alam Sekitar (JAS) telah menggantung lesen premis sebuah kilang yang mengakibatkan pencemaran di Sungai Kundor, Rembau.

Menteri Alam Sekitar, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, kilang tersebut juga diarahkan untuk membersihkan sungai tersebut.

“JAS menggantung lesen premis, mengenakan penahanan operasi kelengkapan dan pihak kilang di arah untuk membersihkan Sungai Kundor tersebut,” katanya menerusi ciapan di Twitter.

Katanya, pihak JAS menerima aduan pencemaran sungai yang dilaporkan turut mengeluarkan bau busuk.

Jelas Tuan Ibrahim, hasil siasatan mendapati kilang tersebut sedang menjalankan aktiviti pembaikan aerotor sejak minggu lalu yang mengakibatkan sisa efluen kelapa sawit (POME) yang tidak patuhi piawaian dilepaskan.- MalaysiaGazette