Home Sukan Pemain, kakitangan EPL dikenakan mandatori vaksin

Pemain, kakitangan EPL dikenakan mandatori vaksin

Pemain dan kakitangan kelab bola sepak di EPL dikehendaki melengkapkan vaksinasi di bawah garis panduan baharu yang ditetapkan kerajaan UK menangani Covid-19

LONDON – Para pemain dan kakitangan Liga Perdana Inggeris (EPL) dikenakan mengambil suntikan vaksinasi Covid-19 secara mandatori, sejajar dengan rancangan kerajaan untuk menyuburkan akviti sukan tanpa halangan sewaktu perintah darurat kelak.

Awal minggu ini kerajaan United Kingdom mengumumkan penyokong bola sepak di UK dikehendaki memiliki pas Covid-19 sebagi bukti status vaksinasi mereka untuk menghadiri mana-mana perlawanan bola sepak EPL mulai 1 Oktober ini.

Difahamkan keperluan sama digunapakai secara mandatori untuk para pemain dan kakitangan kelab bola sepak dalam EPL.

Ujian calitan dua kali seminggu dan zon merah Covid-19 dalam stadium serta latihanĀ  padang telah melicinkan aktiviti EPL tanpa masalah selepas perintah berkurung pertama dilaksanakan pada Jun 2020.

Namun di bawah garis panduan baharu, syarat keputusan negatif ujian saringan Covid-19 tidak memadai untuk pemain.

Kelab elit EPL bimbang perlu mengejar masa untuk memastikan pemain dan kakitangan kelab masing-masing melengkapkan kedua-dua dos vaksin dalam tempoh lapan minggu akan datang menjelang EPL musim 2021/22.

EPL menyokong cadangan pas Covid-19 untuk pemain EPL dan percaya garis panduan itu akan membantu mereka mengendalikan stadium pada kapasiti penuh penonton mulai musim depan iaitu bermula Ogos ini.

Bagaimanapun,setakat ini hanya dua daripada 20 kelab EPL berjaya melengkapkan dua dos vaksin lengkap untuk kesemua pemain dan kakitangannya.