Home Ekonomi Harga minyak dunia susut 2.5%

Harga minyak dunia susut 2.5%

NEW YORK – Harga minyak jatuh lebih daripada 2.5 peratus dalam dagangan tidak menentu, berikutan kekuatan dolar dan data permintaan domestik yang lemah di China.

Kontrak utama minyak mentah Brent dijangka turun AS$1.37 atau 2.63 peratus kepada AS$50.73 manakala niaga hadapan minyak mentah West Texas Intermediate AS$$ 47.59 setong.

“Ia disebabkan dolar yang mengukuh dan kebimbangan permintaan China dan volum yang lemah,” kata Phi Flynn, penganalisis Price Futures Group di Chicago.

Dolar meningkat secara ketara apabila para peniaga tidak menolak pertaruhan menurun terhadap mata wang Amerika Syarikat berikutan peningkatan ketegangan dengan Korea Utara dan data inflasi yang memberangsangkan.

Ketiadaan ‘perang mulut’ oleh Presiden Donald Trump dan pemimpin Korea Utar, Kim Jong Un pada hujung minggu membantu membawa pelabur kembali kepada dolar, kata penganalisis.

Harga minyak jatuh selepas berita penurunan operasi kilang penapisan di China pada bulan Julai.

Usaha Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) dan pengeluar minyak lain untuk menghadkan pengeluaran telah membantu melonjakkan harga Brent melepasi AS$50 setong.

Namun, penganalisis dan peniaga bimbang keluaran Amerika Syarikat akan menjejaskan usaha untuk mengurangkan pengeluaran.

Pengeluaran syal dijangka kembali meningkat pada bulan depan, menurut data.

Menurut data itu, pengeluaran minyak syal bagi September, termasuk input data serantau mengunjurkan kenaikan sebanyak 117,000 tong sehari kepada 6.15 juta tong sehari, menurut Pentadbiran Maklumat Tenaga Amerika Syarikat. – MalaysiaGazette