KUALA LUMPUR – Manchester United telah membuat tawaran untuk pemain tengah Bayern Munich, Leon Goretzka sebagai risiko kehilangan Paul Pogba yang belum menandatangani kontrak baharu.
Kontrak pemain antarabangsa Perancis itu akan tamat pada bulan Jun 2022.
TalkSPORT melaporkan, seperti kes Pogba, Goretzka juga belum menandatangani kontrak baharu dengan Bayern.
Kontrak bekas pemain Schalke itu dengan Die Roten akan berakhir pada bulan ini dan Goretzka boleh berpindah secara percuma pada akhir musim.
Menurut dari talkSPORT, Goretzka tidak mempunyai rancangan untuk berpindah dari Bayern pada musim panas ini dan United juga tidak mempunyai rancangan untuk membeli Goretzka buat masa.
Ini kerana United hanya akan memanfaatkan peluang untuk mendapatkan Goretzka secara percuma.
Namun The Red Devils dilaporkan telah menawarkan gaji yang tinggi kepada pemain tengah Jerman itu.
United dikatakan telah menawarkan gaji sebanyak £200,000 setiap minggu untuk Goretzka jika dia berpindah ke Old Trafford.
Goretzka akan menjadi salah satu pemain dengan bayaran tertinggi di United yang setara dengan gaji Marcus Rashford, malah lebih tinggi daripada gaji Harry Maguire dan Bruno Fernandes. – MalaysiaGazette