Home Nasional Polis sahkan terima laporan warga emas ditampar penghulu

Polis sahkan terima laporan warga emas ditampar penghulu

PDRM police Nilai stepfather drugs boy Tanjung Sepat Selangor Exco Raya celebration
Gambar hiasan.

KOTA BHARU – Polis mengesahkan menerima laporan daripada seorang lelaki warga emas yang mendakwa ditampar seorang penghulu di Kampung Aur Duri, Salor, di sini, Rabu lepas.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, ACP Abdul Rahim Daud berkata, laporan diterima pada petang hari sama dan kes itu sedang disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan cedera.

Bernama difahamkan warga emas berusia 58 tahun itu dipercayai ditampar penghulu berkenaan di sebuah kedai runcit pada kira-kira 11.30 pagi.

Penghulu berkenaan didakwa menampar pipi dan menepuk-nepuk dahi mangsa kerana didakwa menyebarkan fitnah berkaitan cek pemberian seorang Ahli Dewan Undangan Negeri yang dikatakan ‘cek kosong’.

Terdahulu, tular melalui media sosial video berdurasi 12 minit memaparkan pergaduhan mulut dipercayai antara mangsa dengan penghulu terbabit. – Bernama