KUALA LUMPUR – Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berjaya memperoleh sebanyak RM715, 573.77 hasil dana awam bagi membantunya membayar kos guaman dan wang ikat jamin sebanyak RM330,000.
Kutipan tersebut berjaya diperoleh dalam tempoh 24 jam, serentak itu kutipan tabung berkenaan telah ditutup.
Ahli Parlimen Muar itu menzahirkan ucapan terima kasih kepada penyumbang sambil menyifatkan beliau terhutang nyawa kepada Malaysia dan selama-lamanya berhutang.
”Terima kasih. Terima kasih. Terima kasih.
”Saya tidak akan berhenti sehingga kita berjaya membina Malaysia untuk semua rakyat Malaysia. Malaysia merupakan setiap rakyat bangsa sebagai sebuah RUMAH. RUMAH kita,” katanya dalam hantaran di Facebook.
Dalam perkongsiannya, Syed Saddiq turut berkongsi hatinya tersentuh apabila ada seorang pakcik datang ke pejabatnya.
”Ingatkan nak minta bantuan. Rupanya nak sumbangkan RM100 ke saya.
“Saya rasa nak menangis. Pada saat ini, mengingatkan semula mengapa saya menyertai politik,” ujar beliau.
Beliau sekali lagi menegaskan, pembabitannya dalam politik bukan kerana jawatan atau wang, tetapi untuk membina Malaysia yang maju dan bermaruah.
”Lagi mereka tekan, lagi saya akan lawan.
”Tiada ancaman. Tiada ugutan. Tiada tawaran yang akan melemahkan tekad saya untuk meletakkan Malaysia yang pertama.
”Saya di sini kerana rakyat. Jatuh bangun di tangan rakyat. Terima kasih. Saya terhutang budi kepada semua,” ujar pengasas Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA). – MalaysiaGazette
TERINGAT LAUNGAN REFORMASI….sekarang jadi REFOR BASI….dan LAUNGAN ANWARFIKUN…kita LAWAN TETAP LAWAN …akhirnya LONGLAI dan diMANDULKAN sendiri….bila tunduk pada Mahathir PADA PRU14…AKHIRNYA MAHATHIR tikam balik….sandiwara
Lagi mereka tekan, lagi saya akan lawan… baru kena denda dok merayu minta duit… Rm700k pi bagi kat rakyat marhaen lagi ada keberkatan..