PETALING JAYA – Seorang wanita yang cuba terjun dari tingkat 14 pangsapuri di Pelangi Damansara di sini berjaya diselamatkan.
Wanita yang dikatakan mempunyai masalah kesihatan mental.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 1.42 tengah hari.
“Ketika tiba di lokasi wanitaberusia 37 tahun itu berada di bingkai tingkap bilik rumahnya dan pintu rumahnya berkunci dari dalam.
“Tilam udara kemudian diletakkan di bawah pangsapuri itu sebelum kerja menyelamat dijalankan dengan memasang tali menyelamat di tingkat 16.
“Anggota juga memecahkan pintu jeriji sebelum menyelamatkan mangsa,” katanya dalam satu kenyataan tengah malam tadi. – MalaysiaGazette