KUALA LUMPUR – Seorang lelaki berusia 50-an ditemui maut dipercayai akibat minum racun di pekarangan rumahnya di Taman Indah, Sekinchan, kira-kira jam 3 petang tadi.
Menurut sumber, difahamkan lelaki itu bertindak demikian kerana tertekan dan terkesan dengan pandemik Covid-19 sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 pada Mei lalu.
Berdasarkan rakaman video berdurasi 24 saat yang dkikongsi sumber, orang ramai menemui nota ditinggalkan lelaki warga emas terbabit yang meminta kerajaan membakar mayatnya atau buang terus ke laut.
Mayat lelaki itu bagaimanapun telah dibawa pihak polis ke Hospital Sabak Bernam sejurus berita kematian itu dimaklumkan orang ramai kira-kira 3.30 petang tadi.
Punca kematian masih dalam siasatan. – MalaysiaGazette