Home Sukan Chelsea dan Conte dalam krisis pemain baharu

Chelsea dan Conte dalam krisis pemain baharu

Antonio Conte. Foto Agensi

LONDON – Juara Liga Perdana Inggeris musim lalu, Chelsea dilaporkan dalam krisis bersama pengurus pasukannya, Antonio Conte.

Kelab milik jutawan Rusia Roman Abramovich itu dikatakan tidak bersedia merestui Conte dalam mendapatkan tiga lagi pemain baharu yang dikehendaki bekas jurulatih Itali itu.

Abramovich dikatakan risau tiga pemain yang diperlukan Conte itu sudah menjangkau usia 30 tahun dan ke atas.

The Blues melalui jendela perpindahan pemain yang tidak meyakinkan peminatnya di Stamford Bridge.

Conte terus menggesa kelab melabur lebih untuk membawa masuk tiga pemain bagi melengkapkan skuadnya menghadapi musim EPL 2017-18 kali ini.

Chelsea telah mengharungi kempen kejuaraan liga yang mudah musim lalu disebabkan tidak terlibat dalam aksi Eropah.

Tetapi kini kelayakan the Blues ke kempen LIga Juara-juara Eropah musim ini memerlukan lebih banyak pemain.

Penyerang InterMilan yang merupakan sasaran Conte tidak direstui Chelsea atas faktor usia pemain itu di penghujung karier bola sepak mencetuskan krisis di Stamford Bridge. Getty Images

Bagaimanapun, Conte didakwa tidak berpandangan jauh berbanding peneraju Chelsea sebelum ini.

Hirarki Chelsea tidak sanggup membeli pemain yang tua dan mempunyai nilai pasaran yang rendah.

Tiga pemain yang disasarkan Conte iaitu Fernando Llorente, 32, Ivan Perisic, 28, dan Antonio Candreva, 30, semuanya menurut Abramovich berada di penghujung karier.

Ketiga pemain itu dianggap tidak mempunyai nilai pelaburan yang baik.

Ia antara faktor utama mendorong Chelsea sekadar membeli tiagv pemain muda iaitu Alvaro Morata (24), Antonio Rudiger (24) dan Tiemoue Bakayoko (22).- MalaysiaGazette