Home Sukan Wijnaldum kutuk penyokong Liverpool

Wijnaldum kutuk penyokong Liverpool

Georginio Wijnaldum.

KUALA LUMPUR – Pemain tengah baharu Paris Saint-Germain (PSG), Georginio Wijnaldum secara terbuka mengkritik bekas kelab penyokongnya, Liverpool di media sosial.

Menurutnya, penyokong kelab itu di media sosial kerap menjadikannya sasaran sehingga dia merasakan tidak lagi disayangi di Anfield.

Ia menjadi jadi salah satu faktor kenapa pemain antarabangsa Belanda itu memilih untuk angkat kaki dari Liverpool.

Wijnaldum dibawa oleh Liverpool dari Newcastle United pada musim panas 2016.

Dia telah bermain lebih dari 200 kali dengan membantu Liverpool menjuarai Liga Juara-Juara Eropah dan Liga Inggeris Perdana Inggeris.

Wijnaldum, 30, kemudian menafikan bahawa dia memilih PSG kerana wang.

“Setiap hari dalam latihan dan permainan, saya sentiasa memberikan segalanya. Liverpool sangat bermakna bagi saya. Ada ketika saya merasa tidak diingini dan dihargai di sana.

“Bukan oleh rakan sepasukan saya, bukan oleh orang-orang di dalam Melwood. Saya tahu mereka semua menyayangi saya dan saya pun sayang kepada mereka. Bukan dari situ, lebih kepada dari pihak lain.

“Ada masa ketika saya tidak merasa disukai. Dalam dua musim terakhir, saya pernah merasa seperti itu beberapa kali.

“Peminat di stadium dan penyokong di media sosial adalah dua perkara yang berbeza. Di dalam stadium, saya tidak boleh mengatakan apa-apa yang buruk tentang mereka. Mereka selalu menyokong saya. Di media sosial jika pasukan kami kalah, saya menjadi salah satu kambing hitam, dengan menuduh saya mahu pergi (meninggalkan kelab),” katanya.

Seterusnya Wijnaldum menyatakan dia menyertai PSG bukan kerana wang tetapi  proses yang rumit ketika rundingan dengan Barcelona.

Dia berkata, proses rundingan dengan Barcelona terlalu lama berbanding dengan PSG. – MalaysiaGazette